Dec 9, 2011

saya nak mulakan 2nd half story QKQI dgn memohonmaaf pd setiap blogger yg mengikuti post saya ini..

janji hanya tinggal janji... bila dah mula sibuk, saya memang kantoi.... harap maaf kerana gagal meneruskan sambungan al kisah kejadian semasa pembikinan filem QKQI...

kalau saya nak sambung pon mcm dah basi rasanya...tapi kalau saya teruskan QKQI ini sebenarnya bole jadi bahan sejarah atau rujukan ke.. apa ke... tentang permasalahan pembikinan filem Melayu masa kini...

saya sedar saya terlalu minat fotografi..yg memungkinkan saya tak berapa sgt dlm penulisan..
mungkin ini satu sebab yg saya tak mampu nak mengadap Blog saya sendiri..

tapi kalau foto ... saya akan meneliti dgn penghayatan yg tinggi...kenapa,bagaimana,bila dll. Jadi sesamalaah kita berdoa agar blog ini dpt d teruskan.

Saya mohon jutaan ampun maaf bebanyak banyak pd sesiapa saja yg terlintas bloc sebegini.



 QKQI belakang tabir
QKQI 7 pagi di Tasik Raban

Feb 1, 2007

Qabil Khushry Qabil Igam ... air mata air..air..air..

Ini my angle of view tentang filem QKQI.


8 Feb 2007, Qabil Khushry Qabil Igam diluar jangkaan. Saya sbg salah seorang yg terlibat menjayakan filem rasa tersentap bila melihat kesudahan cerita ni sungguh tragis. Kesempatan blog pertama saya ni nak ucap TAHNIAH pd penulis skrip & penerbitnya, Azlina Pa' Wan, Penerbit Ekskutif Hisham A Karim, semua pemegang watak QKQI terutama Rusdi Ramli, music score Mohram dan dah tentu terajunya pengarah Zaili Sulan dgn 1st Asst Dir. Zaiton Olive Kassim

Maaf ya ada lagi... Shahriman Kamarulzaman (PM) Producton Manager berjaya mengambil hati orang kg di lokasi bagi membolehkan kami meneruskankan kesinambungan lokasi tanpa sebarang masalah ubahsuai. Kalau tak... pancit juga penerbit QKQI







Memang persiapan sudah dibuat sebelum penggambaran bermula, namun seperti sedia maklum ramai yg tahu penggambaran ini di hentikan setahun dan di sambung semula tahun berikutnya.

sebulan shoot 2005, sebulan lagi 2006 dan AlhamduLillah 8 Feb 2007 masuk ke pawagam impian jadi kenyataan.

Penggambaran 1st half telah dijalankan dgn bersungguh-sungguh tapi terkandas fakta kewangan. 2nd half pula, hanya semangat jitu saja yg dpt menyudahkan filem ini. Dimana-mana shooting pun sama, masalah pasti ada. Cuma berat atau ringan / senang atau susah.



Yg penting cara utk mengatasinya.

Tugas saya, Indra Che Muda sebagai Pengarah Fotografi tidak berakhir di lokasi penggambaran saja, tugas seterusnya menentukan kesesuaian suasana (atmosphere) suhu warna, cerah, ceria, malap, dll.
air mata dijangka akan menyirami setiap pawagam......

sebenarnya ada banyak lagi nak d sampaikan....
saya berhenti sementara nanti saya sambung 2nd half.